KEBERANIAN..
Hari ini, aku memberanikan diri untuk meluahkan hasrat hati ini kepada kedua orang tuaku.. Entah dari mana kekuatan itu datang, aku pun tidak tahu.. Sedar x sedar, aku bertanya kepada abah apakah pendapatnya jika aku bertunang semasa belajar? Jawapan abah, tidak aku sangka... Aku mengingatkan abah untuk tidak memberitahu ummi tentang ini, tapi akhirnya aku yang membuka mulut.. Ku ajukan soalan yg sama kepada ummi, tetapi dalam ayat yang sedikit berbeza.. Apakah pendapat ummi jika aku mahu nikah khitbah sebelum habis belajar.. Dan sekali lagi, aku tidak menyangka reaksi ummi itu..
Apa yang pasti, cuti mid-sem nanti aku harus bersemuka dengan kedua orang tuaku untuk membinncangka hal yang sama.. Sesungguhnya aku terlalu nervous dan takut. Bukan kerana keputusan yang bakal aku terima daripada mereka, tetapi bagaimana aku perlu berhadapan dengan keduanya selepas permintaanku ini aku khabarkan.. Aku sunnguh malu! Dan yang paling nyata, aku terasa seperti telah membawa masalah dan merungsingkan mereka.. Siapa sangka, anak sulung mereka yang baru berusia 21 tahun meminta kebenaran untuk berkahwin!
Perasaanku sekarang ini amat kacau-bilau.. Terasa berat benar beban yang aku tanggung.. Aku tidak boleh berhenti memikirkan soal ini walau untuk seminit. Dilemma tentang apakah benar keputusan aku yang ingin menamatkan zaman bujang sebelum habis belajar ini. Sudah bersediakah aku? Yang pasti, aku akan teruskan solat istikharah! Mohon petunjuk-Nya apaakah ini jalan yang terbaik buat aku, dia dan keluarga kami..
Satu yang aku tersentuh, bila abah katakan aku adalah anak kesayangannya. Besar harapan abah untuk melihat aku bekerja terlebih dahulu dan membahagiakan ummi.. Katanya lagi, walaupon aku sudah besar, tapi dia merasakan aku masih anak kecilnya.. dan ummi pula, walau tiada kata-kata berunsur harapan, terdetik dihati ini beapa hancurnya perasaan ummi pabila aku menyuarakan hasrat itu.. Dalam masa yang sama, aku terharu dengan kesungguhan dia untuk menghalalkan hubungan kami. Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar diri ini diberi petunjuk dan pencerahan tentang jalan yang harus aku pilih. Yang pasti, segala keputusan kedua orang tuaku, aku hormati dan redha.. Apa yang mereka rasa terbaik, pasti yang terbaik buat aku..
Saat ini, terasa hendak menghilangkan diri.. Aku perlukan ketenangan dari belenggu masalah.. Aku x mampu lagi hendak berhadapan dengan ummi, abah dan dia.. Sehingga aku mendapat petunjuk dari istiharahku, aku perlukan masa untuk sendirian..
Rabbi yassir wala tuassir..