Jam sudah menginjak ke angka 4.. Aku masih terkebil kebil dlm pekatan malam.. Entah mengapa sukar benar untuk aku melelapkan mata ini.. Mungkin kerana nescafe awal td.. Tidak tenang diperaduan, aku mengalah.. Aku harus lakukan sesuatu.. Sudah lewat tp aku belum solat lg! Tiba2 usai solat, aku menangis.. Menangis kerana tersedar betapa aku lalai dan alpa dengan kehidupan duniawi ku.. Terasa semakin jauh aku dengan Illahi.. Saat hatiku gelisah dan gundah, hanya Allah yg mampu menenangkannya.. Ampuni aku ya Allah untuk semua dosa hamba mu ini..
Dalam bnyk2 doaku, terselit suatu doa buat aku dan dia.. Jodoh itu rahsia Allah, tapi aku sngt berharap dan bermohon agar ditetapkan jodoh antara kami.. Kekal dunia akhirat.. Semoga dia menjadi imam ku.. Entah mengapa, terasa terlalu kuat syg ku buatnya, terlalu yakin cinta ini hanya untuk dia.. Doaku hanya satu, semoga perasaan ini selari dengan perancangan Allah untukku.. Semakin hari, semakin risau aku dengan perhubungan ini.. Perasaan aku semakin kuat, tapi aku takut dgn cabaran yg harus kami hadapi kelak.. Semoga org tua ku merestui kami dalam menghalalkan hubungan ini.. Semoga perjalanan perhubungan kami sentiasa lancar.. Ku titipkan jua doa untuk dia agar sentiasa sihat.. Mungkin Allah ujinya dengan sakit untuk menghapuskan dosa-dosanya, tapi aku masih berharap agar dia sentiasa sihat sejahtera.. Lindungilah dia dari anasir2 jahat, mara-bahaya, bencana atau penyakit2vya Allah.. Tabahkan hatinya dan kurniakanlah kekuatan baginya menghadapi segala ujian-Mu ya Illahi..
Risau dan resah. Itu yang aku rasakan sekarang.. Atas alasan apa, aku tidak pasti. Hati berdebar sejak awal td, x berhenti hingga kini.. Mungkinkah kerana bingkisan darinya yg ku tunggu itu? Adakah aku resah kerana ia masih tidak sampai atau kerana kesannya apabila aku terimanya nanti? Ya Tuhanku, tenangkan lah hati ini..
Rinduku buat sang kekasih..
Kusalurkan rindu itu buat Penciptaku kerana Dia lah yg lebih layak menerimanya.
Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan aku perasaan indah ini..
~hati yg semakin merinduimu~