Buat Si dia..
Selepas perang dingin kecil malam semalam, malam ini perkara yang sama berulang lagi.. Tetapi malam ini sepertinya lebih berbekas di hatinya.. Am I that bad?, Dia bermonolog.. Semuanya bermula dari kurangnya perhatian dari Dia terhadap Si dia yang sedang sakit. Sudah acap kali Si dia pesan, "Beritahulah jka sedang bermesej dengan orang lain, saya akan tunggu hingga awak selesai.. Fokus pada satu, saya x mahu ganggu awak..", tapi Dia sering abaikan pesanan itu, membuat Si dia tertunggu-tunggu sendirian. Si dia terasa kecil hati dengan sikap Dia yang tidak memberi perhatian pada sakit yang dialaminya ketika itu.. Si dia meluahkan rasa kecil hati itu pada status whatsappnya,, "coz u love her too much and u dive too deep"
Keesokannya, masing-masing cuba berlagak seperti biasa, semuanya berjalan lancar sehinggalah kisah semalam diungkit. Dia bertanya kepada Si dia, apakah maksud yang cuba awak sampaikan dari status dan dp awak..? Satu perkara yang berlegar dalam fikiran dia, 'dont love one beyond yourself coz it only hurting u'.. Benar sekali.. Tapi, mengapa kecewa yang Dia rasa? Am I that bad? Always hurts you.. Tapi perasaan itu hanya dismpan sahaja.. Dia menasihatkan Si dia agar tidak terlalu bergantung pada cinta manusia.. Si dia tersentak. Lalu dia bertanya, perlukah dia mengurangkan cintanya pada Dia? Kata Si dia, mungkin perasaan mereka tidak sama, Seolah-olah, Si dia terasa kecewa dengan Dia kerana Dia tidak mampu rasa betapa dalamnya cinta Si dia kepada Dia, malah mengambil mudah perasaanya. andai Si dia tahu betapa sakitnya perasaan Dia ketika itu.. Hendak diluahkan, tidak termampu, Mulutnya seakan-akan terkunci dan tangannya tidak mampu menulis apa yang dirasakan. Dia cuba berlagak seperti biasa, manyuruh Si Dia tidur kerana examnya esok. Sejujurnya, Dia tidak mahu pada hari2 penting ini, emosi Si dia terganggu, Mungkin itu faktor utama Dia cuba menukar topik, menamatkan perbualan antara mereka.
Apa yang Dia rasa sebenarnya adalah sakit dan keewa. Si dia sebenarnya tidak pecaya padanya. Setelah brmacam perkara yang mereka lalui, tidakkah Si dia sepatutnya tahu dan yakin tentang perasaan Dia? Perlukah perasaan itu sering diucap, disebarkan untuk Si dia mengerti? Dia bukan seperti Si dia yang pandai menyusun ayat, jujur dalam setiap kata-kata cinta.. Tapi, tidakkah Si dia terlalu kejam, menganggap hanya cintanya yang tulus dan mendalam. Seolah-olah hanya dia yang tidak mampu meneruskan kehidupan normal tanpa Dia.. Kini Dia telah lelah dan penat.. Silence is the best approach. Silence is the reflect of her pain.
Si dia sekali lagi memprovok kekecewaan dan kesedihan Dia dengan statusnya. "Hidup dalam realiti, bangun dari mimpi". Kesabaran Dia telah sampai batasnya. Jika Si dia merasa dirinya sakit, kecewa, kecil hati, terluka, tidakkah Si dia tahu bahawa Dia merasa perkaraa yang sama?. Hendak dihamburkan segala rahsia hati, Dia takut akan memberi kesan buruk kepada Si dia, lebih-lebih lagi esok hari exam. Di saat itu, Dia hanya terfikir satu saja, perpisahan.. Jika bersamanya Si dia sering makan hati, pendam rasa, sedih, terkilan dan sakit, lebih baik mereka mengambil haluan masing-masing. Mungkin keputusan ini kelihatan terburu-buru dan tidak rasional, tetapi Dia yakin, ini sahaja yang boleh menemukan Si dia pada jalan bahagia dan damai..
Awak, kalau awak rasa hanya awak yang menyayangi saya dengan mendalam, awak silap. Memang benar, dulu, hanya awak yang mempunyai perasaan kuat itu, tapi kini.. Masih kurangkah bukti yang saya bagi? Awak.. jika ada jodoh kita, kita pasti akan bertemu suatu hari nanti.. Jika sebaliknya, memori anara kita tidak akan pernah lupus dari ingatan saya. Awak adalah anugerah Allah yang terindah bagi saya. Semoga awak sentiasa sihat dan gembira. Buang segala duka, hadapilah hidup ini dengan tabah kerana keluargamu masih bersamamu.